Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengetua Liwat 2 Pelajar...

BUTTERWORTH - Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini direman tiga hari selepas...

Balik Kampung: Hati-Hati Elak...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan pemuliharaan harimau The Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) menyeru pengguna jalan...

Hanya 5 Peratus Pengundi...

KEKALAHAN besar calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini terhadap calon Barisan Nasional (BN),...

Nas-T Akui Bakal Kahwin...

PELAKON Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammaar Zar akhirnya mengakui dia bakal menamatkan...

Pasma ‘Signal’ Rasa Bosan PR Suka Bercakaran

KUALA LUMPUR – NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) menegaskan badan itu buat masa ini tidak berhajat untuk menubuhkan parti politik, sebaliknya hanya mahu memberi isyarat kepada PR.

Menurut Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi, penubuhan Pasma adalah kerana mereka sudah bosan dengan sikap bertelagah dalam PR.

“Aktiviti Pasma kita hendak beri signal kita tidak selesa PR bercakaran.

“Saya ingat Pasma tidak jadi parti politik, Pasma adalah sebuah NGO buat peringkat ini.

“Namun politik adalah seni serba kemungkinan,” katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, malam tadi.

Berkata lanjut, Phahrolrazi menegaskan bahawa untuk menubuhkan sebuah parti politik ianya memerlukan komitmen yang tinggi.


“Untuk peringkat ini kita hendak kukuhkan PR, tubuh parti bukan mudah pelbagai rintangan yang perlu dilalui,” tegasnya.

Isu Pasma sebagai sebuah parti politik mula menjadi ‘buah mulut’ apabila dikatakan bahawa pemimpin dalam Pas menubuhkan parti baharu bagi mengantikan Pas.

Pasma kononnya diwujudkan bagi mengelak berlakunya perpecahan dalam PR, sejak tercetusnya isu pencalonan nama pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Turut hadir pada forum tersebut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori