MUAR – Tiga abu mayat mangsa tragedi pesawat MH17, Ng Shi Ing, 33, Elisabeth Ng, 30 dan Benjamin Lee Jian Han, setahun, selamat tiba di Tokong Seu Teck Sean Tong di sini, jam 10.23 pagi tadi.
Turut mengiringi van yang membawa abu ketiga-tiga mendiang ialah ibu bapa mangsa iaitu Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah Chin, 62, serta suami Shi Ing, Leftenan Komander Lee Vee Weng.
Sebaik sampai, upacara memberi penghormatan bermula dengan didahului dengan suami Shi Ing dan kesemua ahli keluarga mangsa. – BH Online