Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Kapal KM Avatar...

MELAKA - Dua anak kapal KM Avatar yang dilaporkan hilang selepas kapal dagang...

Kampung Baru: Khalid Jumpa...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan bertemu Perdana Menteri Tun...

Kongres Sedunia Perpustakaan Bakal...

KUALA LUMPUR - Penganjuran Kongres Sedunia Perpustakaan dan Maklumat ke-84 (IFLA WLIC 2018)...

PM Harap Rentas Negeri...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kelonggaran pergerakan rentas negeri...

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Di Tepi Lombong

IPOH – Mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemui dalam keadaan terbaring di tepi Lombong Morib 2, Malim Nawar, dekat Kampar, di s0ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata mayat lelaki berumur di antara 40 tahun dan 50 tahun itu ditemui hanya berbaju T oleh seorang pesara tentera kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

“Pihak kami menerima laporan daripada seorang pesara tentera mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 8 malam tadi.

Semasa pihak polis tiba, mayat lelaki dipercayai berbangsa Cina itu telah mula reput serta kembung dan kami percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih satu minggu,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.


Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang identiti pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Ng berkata hasil bedah siasat di Hospital Kampar mengklafikasikan kes itu sebagai mati lemas.

Sehubungan itu Ng berkata sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan anggota keluarga di minta untuk hadir di mana-mana balai polis berdekatan atau tampil ke Hospital Kampar untuk pengecaman mayat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori