Sample Page Title

PUTRAJAYA – Malaysia berikrar untuk mendedahkan mereka yang bertanggungjawab “menekan butang” untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan membawa penjenayah itu ke muka pengadilan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Seseorang mesti bertanggungjawab terhadap insiden ini. Seseorang telah ‘menekan butang’ untuk menembak jatuh pesawat. Kami akan cuba secara terbaik untuk mengesan pelakunya,” kata beliau pada sidang media semasa mendedahkan kandungan laporan awal siasatan insiden penembakan pesawat MH17 di sini, hari ini.

Liow berkata, Malaysia dengan bantuan rakan-rakan antarabangsa termasuk dari Australia dan Belanda akan meneruskan siasatan untuk mencari penjenayahnya.

Laporan awal itu menunjukkan bahawa pesawat itu berkecai di udara, kemungkinan disebabkan kerosakan struktur selepas terkena sebilangan besar objek berkuasa tinggi yang menembusi pesawat daripada luar.

Ketika ditanya sama ada objek berkuasa tinggi yang menghentam pesawat kemungkinan ialah peluru berpandu, Low enggan membuat spekulasi dan berkata : “Oleh kerana laporan dengan jelas menyebut bahawa ia dihentam objek berkuasa tinggi daripada luar, sebab itulah kita perlu menganalisis data dengan lebih lanjut.”

Liow berkata, ia juga penting untuk memasuki semula lokasi nahas bagi mencari bukti-bukti lain untuk membantu menghasilkan dapatan terperinci dan juga untuk mengesan baki mayat mangsa.


Beliau berkata, Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sedang berusaha untuk mempermudahkan proses memasuki kawasan nahas bagi mengesan baki mayat serta kesan peribadi yang masih berada di tapak nahas.

“Saya menyeru masyarakat antarabangsa dan semua yang terlibat dalam konflik Ukraine untuk mendapatkan keadilan dan mengesan penjenayah yang menyebabkan tindakan kejam ini,” katanya.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 penumpang warga Malaysia, penumpang lain ialah warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dand New Zealand. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...