Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kontrak Diberi Kelonggaran...

KUALA LUMPUR - Graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa...

25 Pejuang IS Maut...

BEIRUT - Seramai 25 ahli kumpulan militan Negara Islam (IS) terbunuh dalam satu...

Ketua Jabatan Diminta Kerap...

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man menyarankan ketua-ketua jabatan di Perlis...

Mak Nyah Tak Puas...

GARA-GARA memakai kanta lekap tidak berjenama, seorang 'lelaki' mendakwa menderita sakit pada bahagian...

Krisis MB Selangor: Pemimpin PR Perlu Henti Tuding Jari

PETALING JAYA – Semua pihak perlu mengamalkan batasan berhubung krisis menteri besar di Selangor, kata Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Situasi ini tidak akan ke mana-mana. Semua pihak perlu henti menunding jari antara satu sama lain,” kata Dr Dzulkefly.

“Saya berharap batasan dan kewajaran ini akan diamalkan,” katanya kepada The Star Online .

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, beliau lebih suka tidak mengulas mengenai perkara yang berlaku di dalam parti baru-baru ini dan berkata, beliau berharap semua pihak tidak menunding jari antara satu sama lain.


Ahli jawatankuasa PAS pusat, Nik Abduh Nik Aziz mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PKR mengkhianati parti itu.

Nik Abduh berkata, PKR mengkhianati PAS apabila ia menerima akuan berkanun daripada dua wakil rakyat PAS dan cuba untuk menarik lagi 13 wakil rakyat PAS untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar.

Beliau juga mengkritik Mohamad Sabu kerana gagal untuk menegakkan keputusan jawatankuasa pusat bagi menamakan dua calon dan menyokong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isterinya sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori