Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Wanita DAP mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang memecah-belahkan pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ketuanya Chong Eng berkata, Abdul Hadi memecah-belahkan pakatan pembangkang dengan menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Justeru, beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Presiden PAS yang didakwa tidak mementingkan agenda yang sedang diusahakan pakatan pembangkang di Selangor.

“Abdul Hadi harus ingat bahawa Wan Azizah merupakan calon saranan pakatan. Beliau mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan di Selangor. Abdul Hadi yang meragui keupayaan Wan Azizah boleh dikaitkan dengan meragui keputusan pemimpin pakatan dan 30 ADUN terbabit.

“Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakannya dalam keadaan terbukamencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya. Perangai beliau memecah-belahkan PAS dan pakatan dalam isu ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Chong Eng turut menyelar Abdu Hadi kerana memberi alasan tidak munasabah menolak pencalona Wan Azizah dengan beranggapan Presiden PKR itu tidak berkebolehan menjadi Menteri Besar.


Dakwa beliau, Wan Azizah merupakan seorang pakar mata dari pusat penggajian perubatan yang unggul dan memimpin kempen reformasi lebih 10 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menolak Wan Azizah mungkin tidak fasih daripada segi strategi dan arena kuasa tetapi mempunyai komitmen dan berani menentang dalam kesukaran.

Dakwanya, Wan Azizah mempunyai integriti dan tanpa rekod rasuah serta memiliki kualiti ketabahan dan kesabaran.

“Kualiti tersebut merupakan suatu pilihan alternatif buat masa sekarang,” dakwanya. – mynewshub.my

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...