Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Yakin Kontinjen Negara Atasi...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin kontinjen Malaysia yang menyertai...

Kejam..Ibu dan Kekasih Awet...

KEJAM...Selepas didera oleh ibu dan teman lelakinya, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua...

Kes Enjin Terbakar: Korea...

HUKUM... Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengenakan denda sebanyak 11.2 bilion won (kira-kira RM42...

JSJN Sabah Lupus Dadah...

PAPAR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah hari ini melupuskan dadah berbagai...

EPL: Hatrik Diego Costa Julang Chelsea

LONDON – Penyerang berbisa Chelsea, Diego Costa meneruskan kempen menakjubkan di Liga Perdana inggeris (EPL) selepas meledak hatrik ketika melakar kemenangan 4-2 ke atas Swansea, malam tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan Costa menambah jumlah jaringannya kepada tujuh dalam empat perlawanan dan membantu Chelsea untuk muncul satu-satunya pasukan yang merekod 100 peratus kemenangan setakat ini.

Swansea begitupun terlebih dulu di depan apabila pertahanan, John Terry menjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-11 sebelum Costa menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Dan kedudukan itu tidak lama apabila penyerang Sepanyol itu meledak gol kedua pada minit ke-56 diikuti gol ketiga peribadinya pada minit ke-67.

Manakala gol keempat dijaringkan penyerang baru Chelsea, Loic Remy yang juga jaringan pertamanya bersama The Blues.


Jaringan kedua Swansea pula dijaringkan bekas pemain Liverpool, Jonjo Shelvey pada minit ke-86.

Dalam pada itu, Newcastle United meneruskan rekod buruk di awal musim apabila tewas 4-0 kepada Southampton manakala Tottenham Hotspur diikat 2-2 oleh Sunderland.

Dalam pada itu, Everton turut menewaskan West Bromwich Albion 2-0 dengan Leicester City merakam kemenangan pertama selepas membenam Stoke City 1-0.

Satu lagi perlawanan malam tadi membabitkan Burnley dan Crystal Palace berakhir tanpa jaringan.- Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori