Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

IS Jual Organ Biaya...

WASHINGTON - Media Amerika Syarikat membuat pendedahan mengejutkan mengenai kegiatan kumpulan militan Negara...

15,154 Operasi Sanitasi Awam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 55 operasi sanitasi awam untuk pencegahan penularan Covid-19 sudah...

Muktamar Pas Kecoh, Pengerusi...

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami...

Mr. Bean Bakal Jadi...

LONDON - Pelakon watak komedi terkenal Mr. Bean iaitu Rowan Atkinson, bakal menjadi...

Didenda RM5,000 Memandu Melulu Sebabkan Kematian

KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih fizikal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang guru sekolah memandu, Mac lepas.

Jeremy Kho Hui Jaq, 27, dituduh melakukan kesalahan itu ketika memandu kereta jenis Nissan Sylphy di Lebuhraya DUKE dan melanggar belakang kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh mangsa Daliana Abd Aziz, 34, bersama penumpang Mohamed Afiq Asrul, 18, pada 3.30 petang 19 Mac lepas.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Kho bagaimanapun membayar denda itu.


Dia dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Harjeet Singh memohon mahkamah memberi hukuman paling ringan ke atas anak guamnya dengan mengambil kira tertuduh telah mengaku bersalah dan dia juga memberi kerjasama kepada polis semasa siasatan kes itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori