Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video CCTV Ini Bukti...

KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal 'Twilight' mungkin...

Pemandu Teksi Dibunuh Di...

KOTA BHARU - Seorang pemandu teksi warga emas mati ditikam dalam kejadian di...

Fizo Omar Dakwa Gambar...

Sejak siang tadi, sekeping gambar yang memperlihatkan awan berbentuk kalimah Allah di perkarangan...

Najib, Rosmah Hadir Khatam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri...

Cari Dalang Pesawat MH17, Bawa Ke Muka Pengadilan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bukan sahaja perlu memastikan siasatan telus bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Timur Ukraine tetapi juga perlu memastikan dalang di sebalik kejadian itu dibawa ke muka pengadilan.

Ini merupakan harapan beberapa keluarga mangsa susulan laporan awal siasatan mengenai tragedi pesawat MH17 yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda yang disiarkan hari ini di laman sesawang www.safetyboard.nl

Abang kepada penumpang pesawat berkenaan Allahyarham Mohd Ali Md Salim, 30, Mohd Zaki, 38, berkata sebagai ahli keluarga yang terlibat, harapan itu menjadi titik tolak dalam menuntut keadilan sepenuhnya kepada adiknya termasuk mangsa-mangsa lain dalam pesawat berkenaan.

“Selain menjalankan siasatan bagi mendapatkan cebisan bangkai pesawat dan mengenal pasti identiti mangsa, kerajaan juga perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab di sebalik insiden ini dapat dikenal pasti seterusnya dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zaki turut meletakkan harapan yang tinggi agar pasukan keselamatan negara dapat kembali semula ke lokasi nahas dan diberi jaminan laluan selamat selepas gencatan senjata antara pasukan keselamatan kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Rusia dicapai pada Jumaat lepas.

Laporan awal Lembaga Keselamatan Belanda itu antara lain menyebut struktur pesawat MH17 yang berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek bertenaga tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas MH17 disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa pesawat MH17 adalah dalam keadaan “layak terbang” semasa berlepas dari Amsterdam dengan anak kapal berpengalaman dan berkelayakan.

Sementara itu, abang kepada Allahyarham Ketua Pramugari Dora Shahila Kassim, Don Shahidan, 48, berkata beliau turut bersetuju dengan laporan awal yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda itu ada kebenarannya.


“Saya percaya dari sudut pengalaman anak kapal mengendalikan pesawat itu memang tiada masalah, begitu juga tentang masalah teknikal pesawat itu juga tidak diragui, menyentuh tentang berkemungkinan pesawat itu ditembak, biarlah mereka yang profesional sahaja boleh sahkan perkara ini,” katanya kepada Bernama.

Don Shahidan berkata keluarganya menaruh sepenuh kenyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap usaha pihak kerajaan dalam siasatan insiden pesawat itu dan memberi harapan penuh agar misi penyiasatan itu berjalan dengan lancar dan selamat.

“Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk sebenar kejadian ini, namun kita juga berdoa agar pasukan penyiasat kita yang terlibat dalam misi penyiasatan ini selamat,” katanya.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal dan daripada jumlah itu, 43 orang ialah warga Malaysia.

Setakat ini, sejumlah 35 mangsa MH17 telah dibawa pulang ke Malaysia termasuk jenazah Tambi Jiee dan Benjamin Lee Jian Han, hari ini.

Pesawat malang Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori