• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Zahar Terima Kunjungan Speaker Australia

oleh Ahmad Albab
12/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Persekutuan Australia Bronwyn Bishop di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Pertemuan antara Bishop dan Abu Zahar yang berlangsung hampir satu jam bertujuan mempertingkat hubungan baik Malaysia dan Australia.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Abu Zahar berkata Bishop menyatakan hasrat untuk mempererat hubungan dan membuka peluang ekonomi yang lebih baik antara kedua-dua negara.

Katanya Bishop juga meluahkan rasa simpati dan sedih atas kejadian kehilangan pesawat MH370 yang menimpa Malaysia dan negaranya akan terus komited dalam membantu mencari dan mengesan pesawat itu.

“Bishop beritahu, pihaknya akan sentiasa bantu Malaysia (mencari pesawat MH370). Beliau kata kejadian ini adalah misteri dan ia boleh berlaku kepada mana-mana negara,” katanya.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Bishop sebelum itu turut mengunjungi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di sini. – BERNAMA

Tags: Abu Zahar UjangAustralia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Geng Kongsi Gelap, Rampas Pistol & Peluru

Next Post

Kami Bukan Rita Rudaini – TM Nak Layan Kami Tak?

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Kami Bukan Rita Rudaini - TM Nak Layan Kami Tak?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd