Sample Page Title

ALOR SETAR – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah akan mempertingkatkan kempen kesedaran kepada orang ramai terutamanya ibu bapa mengenai bahaya penyalahgunaan daun ketum.

Pengarahnya Mohammad Nazer Mustafa berkata usaha meningkatkan kempen itu perlu dibuat kerana daun ketum ini akan diwartakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana hukumannya lebih berat berbanding di bawah Akta Racun 1952 ketika ini.

Beliau berkata penyalahgunaan ketum turut turut melibatkan pelajar sekolah yang mudah mendapat bekalan air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain dan membawanya ke sekolah untuk dijadikan minuman.

“Kita akan tumpukan kempen di kawasan berisiko seperti di daerah Kubang Pasu dan beri penerangan kepada ibu bapa, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat mengenai bahayanya penyalahgunaan daun ketum yang sama seperti dadah lain seperti morfin.

Kita sebelum ini pernah berjumpa dengan penaman pokok ketum ini agar menghentikan aktiviti mereka dalam usaha untuk menghapuskan penyalahgunaan daun ketum,” katanya kepada pemberita selepas Program Skuad 1Malaysia AADK bersama Media Kedah di sini.

Mohammad Nazer berkata penanam ketum juga perlu mencari tanaman alternatif bagi menggantikan pokok ketum yang ditanam ketika ini walaupun mereka mengaut keuntungan yang tinggi dengan tanaman itu.

“Di Kubang Pasu ada 15 pengusaha ladang pokok ketum melibatkan kawasan seluas 4.2 hektar dan kita telah berbincang dengan mereka untuk usahakan tanaman lain sebelum penguatkuasaan dan tindakan undang-undang diambil secara agresif,” katanya.

Beliau berkata simptom penagihan ketum ini juga dapat dilihat pada fizikal individu yang minum air ketum seperti muka yang lebam dan perubahan sikap seseorang itu berbanding sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan penguatkuasaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh pasukan polis dan AADK. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...