JIKA anda pengikut setia Instagram Nabila Huda, pasti anda tahu yang pelakon ini pernah memadamkan semua foto-fotonya di akaun tersebut gara-gara perbalahan dengan bapanya, Amy Search.
Namun, dia kembali memuatnaik gambarnya selepas kedua-duanya berbaik pada Syawal lalu.
Bezanya, kali ini gambar yang dipaparkan lebih kepada promosi filem Saloma yang bakal disiarkan di Astro First pada 28 Ogos nanti.
Gambar-gambar lain pula lebih kepada gambar biasa dan tidak terlalu bersifat peribadi.
Adakah ini bermakna Nabila sudah tidak mahu berkongsi mengenai kehidupannya secara terbuka kepada umum?
Mungkin juga dia mengambil pengajaran daripada kontroversi yang pernah timbul sebelum ini khususnya apabila memuatnaik gambar percutian bersama teman lelaki, berpakaian seksi dan sebagainya.
Apapun, kami sokong perubahan ini kerana pelakon berbakat seperti Nabila tidak perlukan publisiti murahan untuk menaikkan namanya dalam industri seni.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY